| Baru sahaja beberapa hari lepas, kita bercerita tentang pokok pisang yang mengeluarkan jantung biarpun sudah mati ditebang (LINK). Kali ini tentang keunikan yang lain pula, di mana sebuah pokok pisang didapati berbuah di batang. Ia merupakan salah satu tanda kebesaran Allah SWT. Biarpun nampak biasa, tetapi ia satu kejaiban yang jarang dilihat. Boleh lihat gambar di bawah ini.
KUALA NERUS – Seorang penduduk bukan sahaja terkejut melihat pokok pisang berhadapan tingkap bilik tidurnya berbuah pada batang, sebaliknya ia merupakan satu keajaiban dan pertama kali dilihatnya.
Rafi Shaffie, 27, berkata, dia sama
sekali tidak menduga ada antara pokok pisang yang ditanam ibu bapanya di
kawasan sekeliling rumah di sini, berbuah di batang.
“Saya mula perasaan dengan pisang yang
tumbuh di batang kira-kira seminggu yang lalu dan sejak itu, kawasan
rumah saya menjadi tumpuan orang kampung untuk melihat sendiri keajaiban
alam ini .
“Meskipun kejadian pokok pisang pelik sering ditemui di Rafi menunjukkan buah pisang yang berbuah di batang. tempat lain, namun penemuan sebegini adalah yang pertama kali di kampung saya,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, pokok pisang yang berbuah
pada batang itu juga tumbuh rendah jika dibandingkan dengan pohon yang
ditanam dalam masa yang sama.
“Setakat ini, saya tidak bercadang untuk
berbuat apa-apa dan ingin menunggu sehingga pisang itu masak dan melihat
sama ada isinya sama atau tidak dengan pisang lain yang ditanam ibu
bapa saya,” katanya.
Katanya lagi, sewaktu awal penemuan pokok pisang pelik itu, rumahnya kerap kali dikunjungi jiran untuk melihat pokok pisang yang menjadi bualan ramai itu.sumber <
0 comments:
Post a Comment