Lagi isu kontroversi di Facebook sudah tersebar luas.
Kali ini isu melibatkan pengurusan Sekolah Kebangsaan Seri Pristana
di Sungai Buloh yang didakwa “memaksa” murid bukan Islam untuk makan di
tandas ketika masa rehat sebagai menghormati bulan Ramadan.
Memetik laporan mstar online, ibu kepada seorang murid di sekolah
itu, Gunesweri Kelly yang mula memuatnaik gambar berkenaan di Facebook
menunjukkan beberapa orang murid sedang makan di sebuah bilik yang
kelihatan seperti tandas dan ia rupanya sebuah bilik persalinan.
Gunesweri berkata beliau sedih kerana biarpun ia sebuah bilik
persalinan, ia tetap berbau kerana bilik itu terletak bersebelahan
tandas.
“Sebagai ibu, saya sebak dan sedih, saya perlu membantu anak saya daripada terseksa dalam bilik itu pada waku rehat,” katanya.
Tampil mengulas lanjut isu kontroversi itu blogger yang juga seorang
wartawan Mazidul Akmal menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku.
Dalam entry terbarunya di www.mazidulakmal.com, beliau mendakwa
menerima penjelasan daripada pihak bertanggungjawab iaitu pengurusan
sekolah berkenaan tentang perkara sebenar yang berlaku.
” Gambar dirakamkan oleh keluarga pelajar itu kini tersebar
di internet BUKAN bilik air tetapi BILIK PERSALINAN telah dinaiktaraf
oleh pihak sekolah. Bilik sama dilengkapkan dengan dua meja serta
beberapa sinki untuk memudahkan pelajar bukan beragama Islam membasuh
tangan mereka,” menurut sumber berkenaan.
” Kantin sekolah ditutup sejak hari pertama bulan Ramadan
kerana kerja menggantikan pintu kayu dengan pintu kaca. Pihak pengurusan
sekolah bimbang jika dalam proses pembinaan itu, mungkin pelajar
menggunakan kantin akan tercedera,” jawabnya.
Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin segera memberi
maklumbalas isu itu melalui laman Facebooknya dan berjanji akan
melakukan siasatan status sebenar kejadian ini.
” Saya telah mengarahkan KPPM utk siasat isu pelajar bukan Islam yang
disuruh makan di dalam tandas. Tindakan tegas akan diambil jika ada
asas,” katanya.
Selain Muhyiddin, Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan
berkata, pihak kementerian akan melihat perkara ini secara serius dan
akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan ia tidak berulang.
Dalam pada itu, seorang pengguna FB dengan nama Zarifah Munirah yang
mendakwa pelajar sekolah berkenaan tampil menjelaskan apa yang
sebenarnya berlaku.
Menurut Zafirah, disebabkan kantin terlalu padat, bilik persalinan
itu telah lama dibuka untuk mengelakkan pelajar makan di tepi jalan atau
duduk di lantai.
Di luar Ramadan, ia digunakan oleh pelajar Islam dan bukan Islam secara bersama-sama.
Bagi Ramadan ini pula kata pelajar terbabit, memandangkan kantin
ditutup untuk kerja-kerja penambah baikkan, maka bilik berkenaan terus
dibuka agar digunakan pelajar-pelajar bukan Islam dan juga pelajar Islam
yang tidak dapat berpuasa.
Menurutnya, ia adalah bilik persalinan dan bukannya tandas. Malah tidak ada sesiapa yang mandi atau membuang air di bilik itu.
Nampaknya, niat baik dan murni pengetua serta pentadbiran sekolah
telah disalah ertikan kumpulan manusia yang mempunyai agenda politik
sempit ala pembangkang.
Orang yang bertanggungjawab menabur fitnah berkenaan harus dibawa ke
muka pengadilan kerana mempermainkan isu perkauman ke tahap yang begitu
merbahaya.
Kita harapkan pihak kementerian perlu menjalankan siasatan dan ahli
keluarga yang terlibat bolehlah membantu dalam menyalurkan maklumat.
sumber: http://mynewshub.my/
0 comments:
Post a Comment